SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK1 Sekolah ini diwujudkan atas sikap kerjasama penduduk Kampung Morak. Ianya diberi nama “SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK”. Di antaranya pengasas atau Guru Besarnya ialah:
1.1 Pada awal tahun 1947, Tuan Haji Daud bin Awang ( Tok Ayah Haji Daud ) telah mengasaskan penubuhan Sekolah Melayu Rakyat Morak, bertempat di Surau Lama Morak. Guru-gurunya ialah Encik Mohamed bin Yusoff dan Encik Sulaiman bin Hassan. Corak pengajaran ala pondok, mata pelajaran yang diajar adalah Agama Islam yang menggunakan tulisan jawi. Murid-murid menulis sambil meniarap.
1.2 Pada awal tahun 1949, Tuan Haji Mohamed Khat telah menggantikan tempat Encik Mohamed Yusoff yang meletakkan jawatan.
1.3 Pada pertengahan tahun 1949, Sekolah Rakyat Morak telah berpindah dari Surau Lama ke Kubor Kebatu. Guru besarnya ialah Encik Daud bin Yusoff.
Corak pengajarannya adalah ala sekolah sekarang yang menggunakan tulisan jawi dan rumi. Mata pelajaran yang diperkenalkan adalah Ilmu Hisab, Tawarikh, Ilmu Tanaman dan Kesihatan.
2 Pada awal tahun 1950, Sekolah Melayu Rakyat Morak telah berpindak dari Kubor Kebatu ke tempat yang ada sekarang. Pada 2 September 1951, semua guru-guru Rakyat telah ditamatkan perkhidmatannya. Mulai tarikh itu, Sekolah Rakyat Morak telah diambil alih oleh kerajaan. Ianya dinamakan “SEKOLAH MELAYU MORAK”. TUJUH orang guru kerajaan telah dihantar oleh Pejabat Pelajaran Kelantan untuk bertugas di Sekolah Melayu Morak. Guru Besar PERTAMA ialah En Ismail bin Musa.
3 Guru-Guru Besar Sekolah Melayu Morak ( SK Morak ) hingga sekarang :
3.1 1947 hingga April 1949 En. Mohamed bin Yusoff
3.2 April 1949 hingga Disember 1949 En. Mohamed Khat Al-Haj
3.3 Januari 1950 hingga 1.9.1951 En. Daud bin Yusoff
3.4 02.09.1951 hingga 03.01.1953 En. Ismail bin Musa
3.5 04.01.1953 hingga 01.07.1957 En. Ibrahim bin Abdullah
3.6 02.07.1957 hingga 11.01.1963 En. Ibrahim bin Abdul Rahman
3.7 12.01.1963 hingga 02.07.1966 En. Yaacob bin Hussain
3.8 03.07.1966 hingga 05.05.1968 En. Wan Mohamed bin Wan Daud
3.9 06.05.1968 hingga 31.12.1982 Tn. Hj Mahmud bin Hj Yaacob PPN
3.10 18.01.1983 hingga 31.12.1985 Tn. Hj Mahmud bin Hj Mohamed PPN
3.11 01.01.1986 hingga 31.08.1990 En. Abdul Malek bin Musa
3.12 01.09.1990 hingga 28.02.1991 En. Abdullah bin Othman (Memangku)
3.12 01.03.1991 hingga 30.12.1997 En. Kamaruddin bin Wan Ismail
3.13 31.12.1997 hingga 31.01.2002 En. Awang @ Awang Ahmad bin Senik
3.14 01.02.2002 hingga sekarang En. Wan Ismail bin Wan Daud