SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK
MOTO
USAHA JAYA BAHAGIA
VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG MENJELANG 2010
MISI
1. Mengamalkan pengurusan strategik dan berkesan.
2. Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dengan bimbingan guru.
3. Berusaha menggilap dan mengembangkan bakat serta minat murid ke arah melahirkan bintang, tokoh atau juara dalam sesuatu bidang kemahiran.
4. Sentiasa berusaha memastikan prestasi akademik, ko akademik, kokurikulum dan sahsiah murid terus meningkat dari segi kualiti dan kuantiti.
5. Menyertai dan memberi saingan sehabis baik dalam pelbagai aktiviti pertandingan yang dianjurkan oleh PPD atau jabatan.
6. Memastikan setiap murid dapat menguasai kemahiran 3M sepenuhnya di awal tahap satu.
7. Berhasrat melahirkan murid yang berketrampilan, berwawasan, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT
Berhasrat agar sekolah : -
1. Mengamalkan pengurusan strategik dan berkesan.
2. Meningkatkan kecemerlangan murid dalam akademik, ko akademik dan kokurikulum.
3. Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. Melahirkan murid yang berwawasan dan menguasai pelbagai kemahiran.
5. Dapat menyemai dan memupuk semangat patriolisme dan cintakan negara.
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK
1. MEMASTIKAN SEMUA STAF LEBIH BERDISIPLIN, BERETIKA, BERTANGGUNGJAWAB DAN PRIHATIN SUPAYA DAPAT MENINGKATKAN KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN ORANG RAMAI TERHADAP PER- KHIDMATAN KAMI. 2. MEMBOLEHKAN ATAU MEMUDAHKAN ORANG RAMAI MENGETAHUI DAN MENILAI STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN YANG BOLEH DIHARAPKAN. 3. MENENTUKAN SETIAP GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH DAPAT BERKHIDMAT DENGAN CEKAP DAN BERKESAN SETIAP MASA. 4. KAMI SENTIASA PEKA DAN RESPONSIF KEPADA KEHENDAK DAN KEPERLUAN PELANGGAN YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR,IBUBAPA PENJAGA, MASYARAKAT DAN KERAJAAN. 5. MENENTUKAN SEGALA URUSAN SURAT MENYURAT, LAPORAN DAN MAKLUMAT DIBERI PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA, LENGKAP DAN TEPAT KEPADA YANG BERKENAAN. 6. MEMBERI LAYANAN MESRA, PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN JUJUR KEPADA SETIAP PELANGGAN YANG BERURUSAN DENGAN KAMI. 7. SENTIASA BERSEDIA DAN SANGGUP MENERIMA PENDAPAT, CADANGAN, SYOR DAN TEGURAN YANG MEMBINA DARIPADA SEMUA PIHAK DAN MENINGKATKAN PRESTASI PERKHIDMATAN SERTA KE CEMERLANGAN PELAJAR DALAM SEMUA ASPEK. |